SPRM Minta Rosmah Mansor hadir selasa ini?

SPRM Minta Rosmah Mansor hadir selasa ini?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Sumber yang rapat kepada Astro AWANI memberitahu, Rosmah perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Selasa ini sekitar jam 11 pagi untuk dirakam keterangan.

Surat berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara pada jam 4 petang hari ini.

Menurut sumber itu lagi, beberapa pegawai SPRM meninggalkan kediaman itu dengan membawa sebuah beg yang tidak diketahui kandungannya kira-kira jam 5.30 petang.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.Buat masa ini, Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan daripada SPRM berhubung perkara itu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah serah notis memerintah kehadiran kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi bantu siasatan berkaitan SRC International. Menurut sumber, mengikut notis berkenaan, Rosmah perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa minggu depan jam 11.00 pagi bagi beri keterangan

Chong Wei letak jawatan sebelum kes di Raj’s Banana Leaf…

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak lagi menjadi salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar yang diarah tutup selepas tersebar video pekerjanya mencuci pinggan dengan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Menurut kenyataan di Facebook restoran berkenaan, Raj’s Banana Leaf menjelaskan individu yang
dikatakan sebagai pemegang saham restoran berkenaan adalah “tidak benar dan salah”.

“Individu terbabit tiada kaitan dengan pemegang saham syarikat atau restoran kami,” katanya tanpa menyatakan siapakah individu itu.

Bagaimanapun, pihaknya mengakui Chong Wei pernah menjadi pengarah syarikat berkenaan namun meletak jawatan sebelum kejadian itu dan beliau tidak terlibat dalam apa jua operasi perniagaan di restoran terbabit.

Terdahulu, Chong Wei menafikan beliau adalah pemilik bersama restoran berkenaan seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Bagaimanapun, dalam pencarian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia nama Chong Wei tercatat sebagai salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran tersebut iaitu InterCompass Sdn Bhd.

Baru-baru ini, tular di media sosial dan WhatsApp memaparkan pekerja di restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Terdahulu, DBKL mengambil tindakan apabila premis tersebut diarah tutup serta-merta di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa hari ini.

BERJUTA-JUTA RINGGIT DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN ROS MAH CETUS TANDA TANYA!!!

Berkuburnya parti pemerintahan UMNO dan BN yang menguasai Malaysia sejak 60 tahun membongkarkan pelbagai kejahatan dan ketirisan di kalangan pemimpin dan isteri pemimpin.

Menerusi page Otai Bersih menunjukan berjuta-juta ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun Rosmah Mansor

Susulan itu post tersebut mendapat ribuan komen ini antara komen-komen yang dapat kami kongsikan

Junaidah Dewan

Disebabkan keangkuhan, kerakusan dan lagaknya yg sgt keterlaluan maka dia mungkin sdg menerima hukuman yg setimpal dr Allah..Jiwanya mengalami tekanan yg amat hebat kerana dia sgt malu pd dunia yg mengejeknya, mencemuhnya dan memandangnya begitu hina. Bukankah itu satu azab yg diterimanya akibat perbuatannya..Wallahuallam..
Mudah2han akan mmberi keinsafan kpd kita semua agar jgn sekali2 menjadi insan spt Rosmah.

Nur Auni Rohanie

Hasil menabung kata nya alhamdullah… Pandai die menabung, nak minta die buka kelas la cara menabung yg berkesan untuk jd jutawan bila dah tua kerepot haish…..

Ahmad Bukhari

najib keturunan bangsawan mesti main juta2 bkn cm kau min bkk dompet ade 3 ringgit je dkt bank jgn ckpla menabung malas typical be end

Lukman Hakim Hamzah Memang mungkin la..nama pun isteri penyamun..kena la share share…sehati sejiwa la katakan.

Mohd Khairol

Nate semoh aku nk sipan 5000 pn sakit.die main ratus2 ribu selamber je.doh la dok kije buat bnde se habuk pn

Ali Ahmad

Pandai kak Ros kita …..menabung dari kecil hingga besar Bila dah besar kan senang tak payah menabung ….
Merompak jela sebab dah standby tabung di semua bank

Ranny Nur

Bukan bekerja. Tak ada elaun bulanan. Tapi juta juta ringgit masuk akaun. Sah. Najib songlap wang dan masukkan ke akaun Rosmah. Kemudian masuk akaun anak anak Najib. Kemudian transfer duit ke US, masuk akaun anak di sana. Tapi lebih duit sangat. Mencurah-curah duit tunai cash masuk ke tangan Najib. Maka terpaksa simpan juta-juta ringgit dalam rumah Najib bertaburan. Cerita Ali Baba dengan 40 perompak.

Lan Wowwow Lan Wowwow

Apa jenis.manusia la dorang ni macam muka ta bersalah jew takde perasaan.malu langsung ..jangan allah swt dah buta kan hati dia kowt agaknye ..masya allah …. nauzubillah minzalik … takut nye … upanye mng benar2 wujud manusia macamni ..ya allah jgn.la ko.buta kan.kami dgn kemewahan dunia yg smentara ini ya allah ..

Ros mah bukan sahaja dikenali di Malaysia malahan dikenali serata dunia tapi paling mengejutkan ini pendedahkan Akhbar Taiwan

Akhbar Taiwan lapor Ros mah belanja 200 juta 8 tahun guna kad kredit

DATIN Seri Rosmah Mansor terus menjadi bahan berita kontroversi akhbar luar negara. Kali ini perangai boros beliau berbelanja mewah sehingga hampir 200 juta dilaporkan dalam sebuah akhbar harian di Taiwan.

Dalam masa 8 tahun, akhbar itu melaporkan, Rosmah berbelanja sehingga kira-kira 200 juta menggunakan kad kredit untuk membeli pelbagai barangan mewah.Ini terjemahan yang diberitahu kepada aku oleh salah seorang kawan berbangsa cina, aku manalah faham tulisan cina.

Apa yang aku faham dalam laporan tu pada tajuknya ada tulisan nombor 2 (aku anggap ada kaitan dengan terjemahan 200 juta) dan ada tulisan nombor 8 (aku anggap ada kaitan dengan terjemahan 8 tahun).

Selain itu, aku nampak ada 4 kali laporan itu tulis perkataan ‘1MDB’ dari situ aku faham, tak ada lain laporan akhbar Taiwan ini tentu ada kaitan dengan skandal 1MDB dan kleptokrasi Najib Razak.

Selain itu, aku juga buat semakan kadar tukaran matawang aku dapati nilai 200 juta itu adalah dalam kiraan matawang New Taiwan Dollar yang bersamaan dengan USD6.487 juta.

Maka aku dapat simpulkan bahawa ini adalah kisah yang disiarkan oleh Wall Street Journal, WSJ sebelum ini. Jika anda belum membacanya sila klik link berikut,

Ini bukan kali pertama Datin Rosmah dan Najib menjadi bahan berita kontroversi akhbar-akhbar luar negara yang melaporkan skandal dan rasuah pasangan ini, malah sudah berpuluh kali perkara seperti ini berlaku.

Namun seperti biasa macam dulu-dulu juga. Najib dan Rosmah akan terus buat bodoh, kata nak saman WSJ hari selasa, tapi sampai ke hari ini entah sudah hari selasa ke berapa pun aku tak ingat dah.

Benda betul, mana berani nak saman, kalau Najib saman akhbar luar negara seperti WSJ, jawabnya lebih banyak skandal dan rahsia beliau bakal terbongkar ketika perbicaraan di mahkamah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*