REMAJA 15 tahun sanggup menikam GADIS sebanyak 45 kali di ladang kelapa sawit….

REMAJA 15 tahun sanggup menikam GADIS sebanyak 45 kali di ladang kelapa sawit….

Tikam gadis 45 kali, remaja 15 tahun terlepas hukuman gantung – Remaja lelaki berusia 19 dan 15 tahun didakwa di Mahkamah Masjistret Temerloh, hari ini, terhadap pertuduhan membunuh gadis berusia 14 tahun pada 25 Oktober lalu.

Tertuduh, Zamirul Aliff Mohd Zaki yang juga pelajar kolej dan seorang lagi masih bersekolah didakwa membunuh Nur Amira Abdullah pada tarikh itu di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Bera, antara 1.10 pagi hingga jam 3.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan Zamirul boleh dikenakan hukuman mati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 15 tahun terlepas daripada hukuman berkenaan kerana masih di bawah umur dan dia boleh dikenakan sebatan, denda atau ditahan di sekolah khas mengikut Seksyen 91 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh terbabit yang berasal dari Bera selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 24 Januari tahun depan bagi menunggu hasil laporan kimia dan bedah siasat.

Sumber : sehinggit

Kaki tersepit pada rantai motosikal

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada rantai motosikal yang ditunggang bapanya, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 5.50 petang semalam di Jalan Kelapa Bali Taman Soga Batu Pahat, Johor, mangsa, Ahmad Khalifi Mohd Khairy membonceng motosikal bapanya ketika bersiar-siar.

Namun secara tidak sengaja, mangsa menjulurkan kaki menyebabkan kakinya terkena pada rantai motosikal sebelum tersepit.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, menerima panggilan kecemasan dari orang awam berhubung kejadian itu dan segera menghantar lima anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa sedang ditenangkan oleh bapanya dengan bantuan orang ramai agar tidak menangis dan panik.

Bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat pemotong khas dan mangsa segera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.

Kaki tersepit pada rantai motosikal (6 Gambar)

Sementara itu, bapa mangsa enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Para penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika membawa anak-anak mereka membonceng motosikal bersama-sama, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Sumber : sehinggit

 

Ajal Pak Mi.. Maut dengan tragis dihempap kontena lori terbalik

Pelabuhan Klang :  Pemandu dan kelindan lori kontena maut dalam kemalangan di selekoh Shahpadu menghala Northport,dalam kejadian 6.50 petang semalam. Dua mangsa dipercayai maut iaitu pemandu lori maut didalam kepala kenderaan tersebut manakala kelindan yang kenali dengan nama Suhaimi Osman,53, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mi maut selepas tercampak dari lori dan dihempap kontena yang terbalik.

Apa yang berlaku sungguh mengundang pilu ramai yang pelik apa yang berlaku biasa lori kotena tidak mempunyai kelindan dan agak pelik boleh tercampak dan mangsa dihempap kontena terbabit.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, mangsa yang berasal dari Triang Pahang dan kini menetap di Puchong.

Jasad dihantar ke Hospital untuk tindakan lanjut dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 14 Puchong semoga keluaarga nya tabah, ajal mangsa sendang mencari rezeki tidak sangka pergi dengan tragis.

SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui -SUNGAI PETANI, KEDAH – Bunyi bising sekumpulan anjing liar membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam keadaan yang menyayat hati,

Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang itu ditemui lebih kurang jam 4.30 pagi semalam di kawasan berhampiran pintu pagar di sebuah kilang di Bakar Arang.

Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tiada kepala dan tiada kedua-dua belah tangan dipercayai dimakan oleh sekumpulan anjing liar terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan penemuan mayat bayi berkenaan.

“Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi berkenaan. Sehingga kini, siasatan masih dijalankan.

“Hasil bedah siasat ke atas mayat bayi itu mendapati, bayi berkenaan berusia kira-kira 35 minggu dan dipercayai sudah meninggal dunia antara satu hingga dua hari lalu,” katanya.

Md Zukir berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Sumber : sehinggit

1 Trackback / Pingback

  1. REMAJA 15 tahun sanggup menikam GADIS sebanyak 45 kali di ladang kelapa sawit…. - Sayap Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*